Julia Perez Makin Kritikal Lepas Dibedah

KESIHATAN pelakon seksi Julia Perez yang menghidap kanser serviks tahap empat semakin merundum selepas menjalani pembedahan pada Khamis (semalam).

Menurut adiknya, Nia Anggia kesihatan Julia semakin tidak menentu dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatan kakaknya.

“Sekarang ini keadaannya masih tidak menentu dan dia hanya tidur serta terbaring di atas katil sahaja selepas menjalani pembedahan.

“Dia juga belum menunjukkan tanda-tanda positif selepas menerima rawatan dan doktor menyarankan agar dia untuk banyak berehat.

“Saya yakin pasti ada keajaiban buat dia untuk pulih dan berharap agar orang ramai dapat mendoakan kesihatannya pulih seperti biasa,” menerusi laporan Kapan Lagi.

Nia yang sedang menjaga dan menjawab segala persoalan media tentang eadaan kakaknya di hospital buat masa ini.

Sementara itu, Nia memberitahu kakaknya kini masih memerlukan darah jenis A kerana bilangan darah di hospital berkenaan kurang mencukupi.

“Julia masih memerlukan darah jenis A daripada orang ramai dan saya berharap agar mereka yang mempunyai darah jenis itu dapat membantunya.”.-MYNEWSHUB.CC

Loading...