Johnny Depp Kahwini Kekasih Hujung Minggu Ini

AKTOR kegilaan wanita, Johnny Depp dikhabarkan bakal mengahwini kekasihnya, pelakon Amber Heard hujung minggu ini selepas hampir setahun bertunang.

Majlis dikatakan bakal berlangsung di satu lokasi romantis di sebuah pulau persendirian di Bahamas yang dibeli Depp sejak 2004.

Aktor berusia 52 tahun itu berkenalan dengan Heard ketika menjalani penggambaran filem The Rum Diary pada 2012.

johnny2
Aksi Johnny Depp dan Amber Heard dalam The Rum Diary yang menemukan mereka.

Berkeluasan 45 ekar dan digelar Little Hall’s Pond Cay, lokasi penyatuan dua hati itu merupakan tempat kegemaran Depp berehat dan menenangkan fikiran selepas sibuk bekerja.

Depp sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon dan penyanyi dari Perancis, Vanessa Paradis namun berpisah pada Jun 2012.

Hasil hubungan dengan Paradis, Depp mempunyai sepasang anak, Lily Rose Melody Depp, 16, dan John ‘Jack’ Christopher Depp III, 13.

johnny1
Anak Johnny Depp dan Vanessa Paradis, Lily Rose dan Jack Christopher

Loading...