Jaclyn Victor Selamat Lahir Bayi Sulung Lelaki

Juara Malaysian Idol musim pertama, Jaclyn Victor dan suami yang juga anggota kumpulan R & B terkenal, AZ Yet, Shawn Rivera telah selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Isnin lalu.

Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi lagu Gemilang ini menerusi laman sosial Instagram pagi tadi yang meluahkan keterujaan atas kelahiran bayi lelaki seberat 3.48 kilogram ini.

https://instagram.com/p/63qjAbR12t/?taken-by=jaclyn_victor

 

Dalam pada itu, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 37; memaklumkan masih belum menetapkan nama yang sesuai buat cahaya mata sulungnya itu.

Menerusi ruangan komen Instagram milik bintang bervokal tinggi ini, peminat dilihat tidak putus-putus memberikan ucapan tahniah atas kehadiran ahli baru dalam keluarga bahagia pasangan ini.

Sekadar imbasan, Jaclyn berkahwin dengan Rivera di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tanggal 19 Julai tahun lalu.

Pasangan ini dikatakan berkenalan ketika mereka bekerjasama dalam lagu Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu.  – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=KM6SP4ZmFRo

Leave a Reply