Jackie Chan Potong Rambut, Simbolik Mahu Anak Berubah

SUSULAN pembebasan Jaycee Chan yang merupakan anak pelakon terkenal Jackie Chan dari penjara atas kesalahan dadah baru-baru ini, sosialit itu telah memuatnaik dua gambar terbarunya di laman Weibo.

Gambar pertama menunjukkan bapanya sedang memotong rambutnya sambil tersenyum, manakala gambar kedua pula menunjukkan gaya rambut barunya.

BACA: Anak Lelaki Jackie Chan Bebas Selepas 6 Bulan Di Penjara

Jackie Chan Potong Rambut Anaknya, Simbolik Mahu Berubah

Ramai yang menyifatkan ia sebagai simbolik perubahan hidup Jaycee ke arah yang lebih baik selepas ini.

Rata-rata netizen juga memberi komen positif dan sokongan kepada pemuda itu agar dia tidak lagi terlibat dengan kesalahan seumpama itu pada masa akan datang.

Sebelum ini, Jaycee dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan kerana melindungi individu yang terlibat dalam penggunaan dadah selepas polis menjumpai 100 gram marijuana di rumahnya, tahun lalu.

Menerusi laporan Oriental Daily News, Jackie memberitahu dia yakin anaknya kini lebih matang dan mereka memilih untuk tidak lagi berbincang mengenai perkara yang sudah lepas itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Elza