Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kejayaan Dr. Serena Kaji...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Rita Rudaini Impi Anak-Anak...

Sayu hati kami melihat pengorbanan dan usaha aktres terkenal, Rita Rudaini yang terpaksa...

Pelancong Bogel Di Kinabalu...

KOTA KINABALU -- Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga hari...

Netizen Rakam Penghargaan Kepada...

KUALA LUMPUR - Warga internet merakamkan penghargaan serta ucapan terima kasih mereka kepada...

Izreen Azminda Nafi Bakal Jadi Isteri Fahrin

SEJAK akhir-akhir ini, nama Fahrin Ahmad sering dikaitkan bersama aktres Izreen Azminda hingga ada yang mendakwa mereka sebenarnya sedang bercinta.

BACA: Sah Nikah Sabtu Ini, Kenapa Fahrin Rahsia Bakal Isteri?

Spekulasi dikuatkan lagi apabila kedua-dua selebriti ini bergandingan mengadakan doa kesyukuran penghijrahan Izreen dan hari jadi Fahrin dalam satu majlis yang berlangsung di Casa Ombak, Kuala Lumpur baru-baru ini.

https://instagram.com/p/2RETQxrvY2/?taken-by=izreenazminda

Justeru apabila Fahrin mengesahkan bakal melangsungkan majlis pernikahan Sabtu ini namun enggan mendedahkan identiti bakal isterinya dalam satu sidang media khas yang berlangsung petang semalam, muncul cakap-cakap kononnya bakal isteri Fahrin yang dirahsiakan itu adalah Izreen.

Bagaimanapun, Izreen menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.


“Bukan saya yang akan berkahwin dengan dia (Fahrin). Ramai juga yang menyangkakan saya. Majlis yang diadakan sebelum ini bersempena saya memakai tudung sekitar Mac lalu dan alang-alang saya anjurkan juga sambutan hari lahir dia (Fahrin) lebih awal.

“Jangan fikir bukan-bukan pula. Antara kami tiada apa-apa. Dia memang sahabat baik saya dan antara kawan yang cukup rapat. Lagipun keraian ini hanya setahun sekali. Tak salah untuk saya melakukannya,” jelas Izreen kepada BH Plus.

Sementara itu, Fahrin memberitahu akan mendedahkan identiti bakal isterinya pada hari pernikahan selain menyatakan wanita pilihan hatinya itu bukanlah daripada kalangan selebriti.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori