Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Polis Siasat Kematian Mejar...

KUALA LUMPUR - Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya yang maut terkena...

Pemikat Ayam Hutan Parah...

Kuala Pilah: Polis menahan seorang warga emas berhubung kejadian seorang pemikat ayam hutan...

Kumpulan KRU Bakal Bubar...

KUMPULAN RAP terkenal iaitu KRU akhirnya menemui kata sepakat untuk membubarkan kumpulan tersebut...

Operasi Nafas Digantung Sementara...

PUTRAJAYA - Operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) digantung sementara berkuat kuasa 1 Jun...

Izreen Azminda ‘Melenting’ Peminat Tuduhnya Sombong

PELAKON yang semakin menyerlah bakat nyanyiannya dalam program Gempak Superstars, Izreen Azminda meluahkan perasaan ‘bengangnya’ apabila dituduh sombong oleh salah seorang pengikut di laman sosial Instagram miliknya.

Izreen kemudiannya membuat tangkapan skrin tulisan peminat itu yang kemudiannya dimuat naik dalam satu posting di Instagramnya.

Panjang lebar menulis, Izreen memberikan justifikasinya mengenai dakwaan daripada individu tersebut,

“Wow, cik, puan, puan sri, datin sri, datin paduka atau dato jangan cakap sebarangan tau. Tak baik, saya rasa saya salah seorg anak seni dalam beribu-ribu yang ada dalam Malaysia ni yang terpaling la susahnya nak tolak atau kata tak boleh kalau ada peminat nak ajak amik gambar ke, bertegur ke, memang jarang jadilah, apatah lagi nak condemn atau marah peminat.

“Rasanya kawan-kawan, orang-orang tempat kerja, ataupun orang luar yang kenal dan pernah jumpa saya ni, belum lagi saya dengar diorang kata saya kerek.


“Kalau gila-gila, cakap banyakatu dah memang selalu dengar, kerek tu belum lagi. Awak kena ingat eh, artis manusia jugak tau. Bukan sejenis alien yang turun dari dunia lain nak senyum sampai telinga 24 jam yang tak pasal-pasal.

“Sesiapa je kalo jumpa tegur macam biasa. Saya okay sahaja. Kadang-kadang boleh siap bersembang lagi kalau saya tak rushing. Jadi jangan nak timbulkan cerita yang memang tak best langsung nak dibaca tengah hari panas ni, apa kata pergi beli aiskrim ke, pergi berenang ke atau pergi tidur dari dok cari pasal tak pasal-pasal ni,” tulisnya.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori