Nora Danish Tak Ambil Mudah Ugutan Hendak Dirogol

MEMANG susah menjadi seorang Nora Danish.

Apa taknya, ada sahaja perkara kontroversi yang melibatkan dirinya walaupun bukan dia yang minta perhatian tersebut.

Sebelum ini, MYNEWSHUB.CC pernah menulis kisah Nora menerima ancaman rogol daripada seorang pengikutnya di laman Instagram yang mengajak orang beramai-ramai merogol aktres cantik itu.

Enggan memanjangkan perkara tersebut, sebaliknya Nora berkata dia kini mahu lebih berhati-hati dalam menyiarkan gambarnya di laman sosial tersebut.

“Saya tak mahu komen panjang mengenai hal ini. Tapi bukan senang untuk saya layan kerenah pengikut di laman ini.

“Ada bahayanya juga jika kita memuat naik gambar di mana kita berada kerana ramai stalker. Ini soal keselamatan dan saya tak boleh ambil mudah,” katanya memetik Berita Harian.

Baguslah kalau Nora sendiri pun sudah mula ambil pendekatan untuk tidak terlalu mendedahkan keberadaannya kerana tak semua orang dalam Internet ni mempunyai niat yang baik.

Kadang-kadang memang perlu untuk kita sentiasa berhati-hati dengan segala ‘updates’ dan ‘posting’ di laman sosial untuk tujuan keselamatan diri.

Apatah lagi bilangan pengikut Nora di Instagram sudah pun mencecah 1 juta orang, pastinya langkah keselamatan itu lebih perlu dipratikkan oleh Nora. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE