Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Mahkota Ratu Ukraine Ditarik...

KIEV -  Ratu Ukraine telah dilucutkan gelarannya selepas wanita itu didapati mempunyai seorang...

Kertas Kerja Kenaikan Tarif...

KUALA LUMPUR - Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang menyediakan kertas kerja...

Zaiton Othman Dilantik Pesuruhjaya...

MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mengumumkan ikon olahraga negara Datuk Zaiton Othman dilantik...

Kesan Gigitan Buah Bantu...

KUANTAN - Kesan gigitan buah menjadi petunjuk kepada pasukan pencari dan penyelamat untuk...

Isu Siti Sokong Tun M: Semuanya Secara Spontan

SEBELUM ini, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza ada memuat naik status menyatakan sokongannya terhadap mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Siti menyifatkan sokongan yang dilakukannya itu adalah bersifat spontan dan enggan memberikan sebarang komen lanjut kerana tidak mahu perkara itu terus berlarutan.

“Seandainya ada pihak yang mahu melihatnya dari sudut politik, saya tidak boleh menghalang dan terpulang pada perspektif masing-masing.

“Bagi diri saya, apabila perkara itu berlaku (luahan hati Tun Dr. Mahathir), saya tidak memikiran apa-apa melainkan hanyalah sebagai satu sokongan moral kepada beliau sebagai generasi yagn membesar dalam era pemerintahannya,” katanya memetik Rakyat Post.


Siti pada 14 April lalu telah memuat naik status yang menyatakan sokongannya terhadap Tun M yang meluahkan isi hatinya dengan mengatakan dia kini keseorangan sewaktu kemelut yang berlaku di antara beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selain Siti, Rozita Che Wan juga merupakan antara artis yang menyatakan sokongan terbukanya terhadap bekas perdana menteri itu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  IMANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori