Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Siasat Tan...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan berkaitan tiga individu...

Kes godam ATM gemparkan...

KUALA LUMPUR - Tahun ini negara digemparkan dengan kes penggodaman 17 buah mesin...

Doktor Bunuh Wanita Ketika...

SEORANG wanita meninggal dunia selepas melakukan oral seks ke atas seorang doktor lelaki...

Anda Boleh ‘Laporkan’ Sekiranya...

SEJAK dahulu lagi, masalah tweet viral sering dicuri merupakan perkara yang sudah wujud...

Isu Gambar: Jaafar Onn Belum Terfikir Nak Buat Laporan Polis

Biarpun gambar wajahnya menjadi ‘mangsa’ kumpulan yang menggelarkan diri mereka Anak Malaysia Anti Demokrasi menerusi sebuah video yang viral di laman sosial beberapa hari lalu, Jaafar Onn belum berhasrat untuk membuat laporan polis mengenainya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Jaafar menerusi Malaysian Digest dan turut memberitahu dia tidak mahu terlalu memikirkan hal itu.

Kumpulan itu menerusi ucapan salah seorang ahlinya telah mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara dengan meletupkan kereta beliau.

(BACA: Lepas Nora Danish, Jaafar Onn Pula Jadi Mangsa ‘Pengganas’)

Pada masa yang sama, Jaafar tidak menafikan dia sememangnya risau, namun memilih untuk menyerahkan keselamatan dirinya kepada Allah S.W.T.

“Saya pun tidak mempunyai masalah apa-apa dengan mereka mahupun sesiapa.

“Saya masih bekerja seperti biasa. Terpulang pada mereka yang melakukan itu dan saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan sesiapa,” katanya.


Sebelum ini, gambar Nora Danish juga telah digunakan oleh sekumpulan lelaki yang menggelarkan diri mereka ISIS Malaysia dan pelakon itu sudahpun membuat laporan polis mengenainya.

Rata-rata penonton menyifatkan aksi kedua-dua kumpulan itu sebagai lawak dan sebenarnya didalangi oleh anak-anak muda yang ‘kurang berakal’.

Apapun, kami tetap berharap agar para pelaku ini dapat dikesan kerana perihal keselamatan negara bukanlah sesuatu yang boleh dibuat gurauan. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=nv3zRD35-10

https://www.youtube.com/watch?v=d5ZGfMkdCzs

Oleh: Elza

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori