Isteri Zul Huzaimy Hamil Anak Pertama, Alami Alahan Teruk

SEKALUNG tahniah diucapkan pelakon terkenal  Zul Huzaimy dan isteri, Erna yang bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

BACA: Zul Huzaimy Akhiri Zaman Duda.. Bergelar Suami Kepada Erna

Berita gembira ini dikongsi menerusi laman Instagram Erna dengan memuat naik gambar serta kapsyen mengenai alahan kehamilan yang dialami.cristiano-ronaldo-caught-peeing-public

11049330_767329630029674_1396477982_n

Melihat gambar yang dikongsi, kami yakin pasangan ini begitu teruja menanti cahaya mata mereka.

Namun, Erna dilihat tidak mendedahkan usia kandungannya mungkin kerana terlalu awal untuk dihebahkan.

Sekadar imbasan, pasangan merpati dua sejoli ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari yang lalu.

Seperti semua sedia maklum, ini merupakan perkahwinan kedua buat Zul Huzaimy selepas gagal dengan perkahwinannya yang terdahulu.

Hasil perkahwinan terdahulu, Zul Huzaimy memiliki seorang anak lelaki, Awal Haziq yang kini berusia 9 tahun.

Diharap semoga Erna lebih menjaga kesihatan diri buat kandungannya. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

 

 

 

Leave a Reply