Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Perampas: Ayda Jebat...

PERGH.. ini pengakuan berani mati Ayda Jebat terhadap hero gandingannya dalam drama bersiri...

Lebih 40% Sekolah Tahfiz...

LABUAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenal pasti sekurang-kurangnya lebih 40 peratus...

Veterinar Minta Jangan Percaya...

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan...

Suntikan Vaksin COVID-19 Pekerja...

PUTRAJAYA - Kerajaan sudah mengaktifkan Fasa 4 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kawalan...

Irma Hasmie Tolak Tawaran Berlakon, Lebih Masa Untuk Anak

SEJAK kebelakangan ini, ramai barisan artis wanita tanah air mula berhijrah ke arah lebih baik dengan berhijab.

Rentetan daripada itu, pelakon dan juga pengacara, Irma Hasmie memberi pandangannya dan menasihati artis yang baru berhijab agar tidak berasa kesal kerana peluang terhad dalam bidang lakonan selepas berhijrah.

Memetik laporan Mstar Online, Irma, 33, menjelaskan mereka perlu tetapkan niat untuk berubah dan percaya bahawa rezeki itu datangnya daripada Allah SWT.

“Ada artis saya lihat takut nak mengenakan syarat kepada pengarah ketika berlakon kerana mereka bimbang tiada tawaran lagi pada masa akan datang.

“Jangan risau pada rezeki Allah dan setiap orang yang berubah perlulah berani menegakkan sesuatu yang mereka mahu.


“Banyak cara rezeki yang Allah beri pada kita bila kita betul-betul berubah, saya dahulu lahir sebagai pelakon tetapi akhirnya diberi rezeki dalam bidang pengacaraan pula,” ujarnya.

Irma juga menyatakan dia terpaksa menolak secara baik tawaran berlakon kerana mahu meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya.

Beliau juga kini lebih selesa menerima tawaran mengacara program-program televisyen yang tidak memerlukan komitmen yang lama. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori