Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PRN Sabah: Isi Borang...

KOTA KINABALU - Bakal-bakal calon yang ingin bertanding dalam Pilihan Raya Dewan Undangan...

Bina Rumah Hargai Pelakon...

SABAK BERNAM - Bagi mengenang dan menghargai bakat pelakon Melayu klasik Allahyarham Nordin...

Osorio Dedah Rahsia Tumbangkan...

MOSCOW - Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio mendedahkan kejayaan anak buahnya menewaskan juara...

Perkeso Bayar RM3.8 Juta...

KUANTAN - Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pahang telah membayar sejumlah RM3.8 juta untuk...

Iqram Minta Insiden Waris MH17 Tumbuk Media Tidak Dipanjangkan

SELASA lalu warga media tempatan digemparkan dengan insiden seorang waris mangsa nahas MH17 menumbuk seorang jurugambar sebuah syarikat penerbitan akhbar di Pusat Peringatan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Jurugambar tersebut, Mohd Aizuddin Akmal Saad dilaporkan cedera dan patah hidung akibat serangan terbabit.

Mengulas mengenai perkara tersebut, pelakon Iqram Dinzly yang turut kehilangan datuk saudaranya, juruterbang MH17, Kapten Wan Amran Wan Hussain, berharap agar perkara itu tidak lagi dipanjang-panjangkan serta diperbesar-besarkan di kemudian hari.

“Saya harap pihak media dan keluarga saling memaafi antara satu sama lain, mungkin ada perkara yang tidak sengaja berlaku dan menyentuh emosi atau privasi pihak keluarga mangsa.

“Bagi saya ada individu yang tidak mampu menahan emosi mereka. Jadi saya rasa perkara ini tidak perlu dipanjangkan dan lebih elok kita bermaafan agar tidak menjadi lebih keruh. Kita anggap sahaja ia sebagai kejadian yang tidak diduga,” katanya memetik mStar.


Jenazah datuk saudara Iqram dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, Selasa lalu sebaik diberi istiadat penghormatan terakhir di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA). – MYNEWSHUB.CC

Oleh: AUDREY LEE

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori