Peminat Teruja Jared Leto Jadi Joker Dalam Filem Terbaru

Buat peminat vokalis Thirty Seconds To Mars iaitu Jared Leto, laporan ini mungkin akan menambah keterujaan anda terhadap insan berbakat tersebut.

Jared yang turut terjun dalam dunia lakonan, menerima banyak reaksi positif setelah imej watak terbaharunya didedahkan di laman sosial.

Setelah spekulasi dan tanda tanya peminat berlegar berbulan-bulan, akhirnya, pengarah filem Suicide Squad David Ayer memuat naik satu imej menampilkan Leto dalam karakter villain terkenal, Joker.

Menerusi Twitter Ayer menulis, “The Suicide Squad wishes you a Happy Anniversary, Mr. J!”

Ia kemudiannya menerima maklum balas daripada peminat watak DC Comics yang rata-ratanya memuji kelainan yang ditampilkan karakter tersebut berbanding yang pernah dipotretkan.

Beberapa tahun lalu, mendiang Heath Ledger yang memegang peranan Joker dalam The Dark Knight berjaya mengenggam trofi Academy Awards atas kecemerlangan lakonannya.

6d0bc861366a70dd97bab70998b3163e

Pastinya, Leto turut diharapkan mampu mengulangi kejayaan sama, sementelah dia juga pernah menerima trofi keramat tersebut setelah berjaya membawa watak transeksual dalam filem Dallas Buyers Club.

Buat peminat aktor kacak ini, sama-sama kita nantikan Suicide Squad yang bakal menjengah pawagam tahun hadapan.

– MYNEWSHUB.CC

Laporan Tentang Jared Leto Sebagai Joker Dalam Filem Suicide Squad

Loading...