Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kemenangan Sebagai Hadiah Keputeraan...

ALOR SETAR - Kemenangan Kedah merangkul Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Johor...

“Jadilah Awet Muda Seperti...

KUALA LUMPUR – Jika anda inginkan kesihatan yang lebih baik serta kecantikan asli...

“Fokus Dunia Adalah Terhadap...

BEIJING - Mesyuarat ekonomi antarabangsa China yang terkenal, Forum Boao untuk Persidangan Tahunan...

Peluang BN Rampas Parlimen...

SEPANG - UMNO Sepang yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas...

Ieda Moin Serik, Tertutup Pintu Hati Berkahwin Lagi

PELAKON dan pelawak, Eida Moin melahirkan perasaan seriknya untuk mendirikan rumah tangga selepas perkahwinannya dengan bekas suami, Mohamad Naquib Idris terputus di tengah jalan.

Hasil perkahwinannya, Ieda memperoleh seorang anak perempuan Nur Dhia Dania, 6.

Mengikut persetujuan bersama, Ieda dan bekas suami akan sama-sama menjaga anak tunggal mereka.

“Buat masa sekarang saya serik dengan perkahwinan. Bagaimanapun, saya tidak boleh cakap habis kerana jodoh pertemuan di tangan Allah. Memanglah saya kata serik, mana tahu esok lusa tiba-tiba pintu hati saya terbuka untuk berkahwin semula. Namun, buat masa sekarang fokus saya hanyalah bekerja untuk membesarkan anak sahaja,” katanya memetik laporan sebuah akhbar tempatan.

Dalam pada itu, Ieda enggan mendedahkan punca penceraiannya kerana disifatkannya sangat peribadi.


“Punca masalah itu terlalu peribadi untuk saya kongsikan bersama umum. Saya bukan jenis yang suka bercerita soal rumah tangga sendiri. Tambahan pula, banyak hati yang perlu saya jaga, memadai saya katakan kami sudah tiada sefahaman dan tiada jodoh,” katanya. 

Semoga Ieda tabah dengan ujian yang mendatanginya dan kuat dalam membesarkan anak tunggalnya. – MYNEWSHUB.CC

VIDEO EIDA MOIN MELATAH

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori