Hebat! Ariana Grande Tiru Suara 3 Diva Hollywood

PENYANYI cilik bersuara lantang, Ariana Grande telah membuktikan dia sememangnya seorang penyanyi yang sangat hebat serta memiliki vokal yang mantap.

Menerusi program temubual popular, The Tonight Show With Jimmy Fallon, penyanyi berusia 22 tahun itu telah meniru gaya nyanyian tiga diva yang juga penyanyi antarabangsa iaitu Britney Spears, Christina Aguilera dan Celine Dion.

Ternyata pelantun lagu One Last Time itu berjaya mengagumkan penonton dan pengacara program itu dengan kehebatan suaranya.

Dalam segmen Wheel of Musical Impressions itu, Ariana dikehendaki menyanyikan lagu Mary Had a Little Lamb dengan suara Britney, Wheels On The Bus dengan suara Christina dan lagu popular terkini Can’t Feel My Face dengan suara Celine.

Lihat video Ariana meniru kesemua selebriti hebat tersebut menerusi video di bawah ini. – MYNEWSHUB.CC

Loading...