Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Video: Pendandan Potong Rambut...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat pendandan rambut menggunakan pelbagai jenis gunting yang datang dalam...

Wan Azizah Rasmi Kongres...

KUALA LUMPUR - Bekas presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan merasmikan...

Peranti Baru iPhone 7...

RAMALAN dari sebuah firma penyelidik terkenal menjangkakan jualan flagship terbaru dari Apple, iphone...

Pengawal Keselamatan Cedera Dilibas...

JOHOR BAHARU - Seorang pengawal keselamatan warga Pakistan cedera di kepala akibat dilibas...

Peminat Gelar Harry Styles Sebagai “King Of Fashion”

HARRY Styles, satu nama yang tidak asing dalam kalangan remaja di luar sana terutamanya remaja perempuan seluruh dunia.

Selain berbakat dalam bidang nyanyian, dia yang popular menerusi band One Direction juga sudah boleh digelar sebagai salah seorang ikon fesyen masa kini.

Harry 1

Apa tidaknya, Harry yang sememangnya menjadi kegilaan ramai kini dilihat sering muncul ke acara-acara muzik dengan mengenakan pelbagai fesyen yang menarik serta berwarna-warni.

Ia lari daripada kebiasaan selebriti lelaki lain yang lebih gemar mengenakan sut selamat ketika menghadiri sebarang majlis hiburan.

Harry 2

Beliau menyatakan, fesyen pada masa kini tidak terikat kepada gender sahaja, sebaliknya semua orang bebas memakai apa sahaja, baik yang berbunga-bungaan, berwarna-warni dan sememangnya fesyen baginya adalah universal.


Harry baru-baru ini muncul di American Music Awards mengenakan sut floral rekaan Gucci lengkap dengan seluar yang menggunakan motif yang sama.

HH

Mungkin selepas ini gaya dan inspirasi fesyen anak muda berusia 21 tahun ini akan dijadikan inspirasi buat ramai lelaki muda di luar untuk tampil lebih berani dan bersahaja dengan mengenakan apa sahaja fesyen yang bersesuaian. -MYNEWSHUBCC

Oleh: SyafikJalil

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=shH49KEFZTo]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori