Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Kementerian Kewangan Bentang 2...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan membentangkan dua rang undang-undang (RUU) untuk bacaan kali pertama...

Didenda RM49,500 Tak Bayar...

KUALA LUMPUR — Seorang pengarah syarikat pelaburan pesisir luar pantai didenda RM49,500 atau...

2 Pemegang Taraf PR...

TELUK INTAN - Dua warganegara Indonesia yang merupakan pemegang taraf penduduk tetap (PR)...

Kuyik Makan Banyak Sehari...

IBU kepada Muhammad Zulhazriq Danish Alden, 5, mengakui berasa susah untuk menerima kematian anak...

Harith Iskander Jijik, Gambar Anak Tersiar Di Laman Web Porno

PENGACARA dan pelawak terkenal Harith Iskander terkejut bercampur berang apabila gambar anak lelakinya yang berusia tiga tahun ditayangkan dalam sebuah laman web pornografi kanak-kanak.

Difahamkan laman web lucah itu dipercayai dari Malaysia berdasarkan teks yang ditulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

12_hoyn_silikonpuppe (1) 12_hoyn_silikonpuppe13_hoyn_silikonpuppe (1) (1)

Malah kapsyen yang tertera ‘Gambar Anak Harith Iskander’ menunjukkan, si pengendali laman web mengenali selebriti itu.

Harith yang memaklumkan perkara itu menerusi laman Facebooknya turut meminta pandangan netizen tentang tindakan yang perlu diambil terhadap laman web berkenaan.

“Google Alert menarik perhatian saya kepada gambar-gambar saya sedang memangku anak saya beserta gambar kanak-kanak lain yang disiarkan dalam sebuah laman web pornografi tempatan bersama imej grafik lucah lain.


“Ianya amat menjijikkan dan sangat membimbangkan. Saya dalam proses menghubungi SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) untuk mengetahui apa tindakan yang boleh diambil.

“Bagi sesiapa yang pernah berhadapan dengan situasi sama, apakah cara terbaik untuk menguruskan perkara ini?” tanya Harith menerusi Facebooknya, semalam.

Selain anak Harith, turut menjadi mangsa apabila gambar disiarkan di laman web pornografi tersebut adalah anak primadona filem Melayu, Erra Fazira iaitu Engku Aleesya dan anak penyanyi Tomok. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori