Hanya Makan Ayam Dan Ikan Panggang, Petua Kurus Sam

KALAU kita amati fizikal terbaharu Bintang Paling Popular 2014, Shaheizy Sam, pasti anda menyedari aktor ini kelihatan semakin kurus jika hendak dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini.

Mengakui dirinya kini sedang berdiet untuk menjaga badan, Sam mendedahkan hidangan utamanya pada setiap hari adalah hanya memakan ayam dan ikan panggang tanpa menjamah nasi.

“Memang ‘sakit’ untuk jalani diet seumpama ini, kalau saya tidak lakukan dengan teratur dan berdisplin kemungkinan berat badan saya akan bertambah.

“Kalau saya berada di lokasi penggambaran, apabila melihat krew-krew produksi makan yang sedap-sedap iaitu nasi saya hanya mampu terliur tapi saya kena kuat untuk lawan dugaan tersebut,” katanya berseloroh kepada HLive.

Dalam perkembangan lain, Sam berkata dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran filem terbaharu, Polis EVO di bawah arahan pengarah berbakat besar, Ghaz Abu Bakar.

Polis EVO bakal menampilkan imej Sam yang lebih segak dan sasa selari dengan tema filem bercorak kepolisan itu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...