Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Kalau Debat Jumaat, Isnin...

YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia sekali lagi menegaskan pendirian bahawa...

Setiausaha Pegawai Kanan Kerajaan...

PUTRAJAYA - Seorang setiausaha pejabat kepada pegawai kanan di sebuah kementerian direman selama...

Jakim Masih Bawah Jabatan...

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kekal bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).Kedudukan itu kekal...

Identiti Lima Mangsa Tanah...

Ampang : Polis mengenalpasti identiti lima mangsa yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh...

Gosip Wak Doyok Bercinta Bekas Isteri Sultan Brunei?

KHABARNYA selebriti fashionista yang juga digelar sebagai ikon fesyen lelaki, Wak Doyok dikatakan sering keluar bersama-sama dengan bekas isteri Sultan Brunei yang juga mantan personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.

Gosip tersebut mulai mencetuskan sensasi apabila beberapa portal hiburan tempatan mula melaporkan Wak Doyok sering keluar makan berdua di restoran berdasarkan perkongsian gambar-gambar mereka di laman sosial.

Hubungan mereka berdua dikatakan intim selepas satu kapsyen yang ditulis sendiri oleh Wak Doyok baru-baru ini pada gambar tersebut berbunyi: “Menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam”.

Ini menguatkan lagi gosip itu memandangkan mana mungkin dia sanggup bersengkang mata lewat larut malam dengan seorang yang dikenali sebagai berprofil tinggi keluar makan dan bergambar ceria senyum bersama-sama.

wak-doyok

Keterangan ditulis pada gambar eksklusif tersebut turut mengejutkan ramai peminatnya sementelahan anak kelahiran Klang, Selangor itu mempunyai lebih sejuta pengikut menerusi akaun pada laman Instagramnya.

Hubungan istimewa mereka berdua pernah disiarkan beberapa portal tempatan sejak tahun lalu dan diperkuatkan lagi dengan begitu banyak foto Wak Doyok bersama-sama Azrinaz Mazhar melalui laman sosial berkenaan.

Ironinya sehingga kini kedua-dua mereka tidak pula secara terbuka menyatakan hasrat ingin mendirikan rumah tangga di sebalik ramai peminat sibuk pula mendoakan agar hubungan dua insan ini berakhir di jenjang pelamin.

Wak Doyok atau nama sebenarnya, Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36; terkenal dengan penampilan unik misai lentik yang mula disimpannya sewaktu bertugas di butik terkenal, Ben Sherman di ibu negara pada 2012 lalu.


wak2

Dia turut diselubungi beberapa kontroversi apabila terdapat portal hiburan tanah air mendakwa Wak Doyok pernah menggunakan jam tangan berjenama mewah yang palsu dan tuduhan konon dirinya sebagai seorang gay.

Kedua-dua tuduhan jahat itu bagaimanapun ditepis oleh Wak Doyok – nama panggilan bersempena dengan watak komedi terkenal dari negara jiran sekitar 1980-an; apabila dia segera membuat penafian tegas mengenainya.

Azrinaz Mazhar, 36; yang pernah berkhidmat sebagai wartawan stesen TV3 sejak 1997, kemudian berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 sebelum pasangan diraja itu berpisah lima tahun kemudian.

Anak jati Kuala Lumpur ini dikurniakan dua cahaya mata; Pengiran Muda Putera Abdul Wakeel dan Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini menetap sebagai kerabat diraja Brunei. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori