Cinta Fathia Latiff, Aiman Hakim Redza Kembali Bertaut

BARU-BARU ini, ramai yang terkejut apabila mendapat tahu hubungan cinta antara pelakon Fathia Latiff dan Aiman Hakim Redza sudah terlerai.

Apa tidaknya, mereka sudah menjalin kasih sejak dua tahun lalu dan ia bukanlah satu tempoh yang boleh dianggap singkat.

(BACA: Kisah Cinta Fathia & Aiman Hakim Telah Berakhir)

Tup-tup hari ini, Fathia menerusi Malaysian Digest memberitahu dia sudah kembali bercinta dengan Aiman!

“Saya sangat sayangkan dia (Aiman). Dalam hubungan ini biasalah, ada pasang surutnya dan kami ada bergaduh kerana sedikit salah faham.

“Tapi selepas kami berbincang dan menyelesaikan masalah itu semuanya kembali jernih. Kami sangat sayangkan hubungan ini.

“Dua tahun kami bercinta dan saya pula bukan seorang yang suka main-main dalam sebuah hubungan. Jadi, sekarang kami sudah okay,” katanya.

Menurutnya lagi, tekanan akibat kesibukan mungkin jadi punca timbulnya perselisihan faham antara mereka.

Pada masa sama, Fathia mengakui yang dia terharu dengan komen positif daripada para peminat yang mendoakan agar mereka kembali bersatu.

Baguslah kalau segala-galanya sudah pulih seperti sediakala.

Tapi bertambah-tambah bagus kalau hubungan itu segera dibawa ke jinjang pelamin, betul tak? – MYNEWSHUB.CC

fathia

https://www.youtube.com/watch?v=hhPm4u2IzC0

Oleh: Elza

Loading...