Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

KPKT Cadang Garis Panduan...

KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bercadang mengeluarkan garis panduan...

Perkasa Hubungan Agama, Bukan...

KUALA LUMPUR - DAP mendesak kerajaan mengabaikan rang undang-undang persendirian yang dibentangkan oleh...

30 Penghuni Nyaris Maut...

KEMAMAN (Bernama) -- Kira-kira 30 penghuni tiga buah rumah di Felda Neram Dua...

Tempoh Reman Pegawai Kanan...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini menyambung tempoh tahanan reman seorang pegawai...

Farhan Azizan Sah Bergelar Isteri Dengan Sekali Lafaz

KUALA LUMPUR – Penyanyi dan bekas peserta program Akademi Fantasia musim keempat iaitu Farhan Azizan selamat bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, dengan sekali lafaz.

Pasangan itu selamat diijab kabulkan kira-kira pukul 10.15 pagi di Masjid Al Hasanah, Bangi di sini pada Jummat.

Farhan, 29, diwalikan oleh bapanya, Azizan Mohd Khir manakala pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof.

Ahmad Rashadan turut menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300 namun merahsiakan jumlah wang hantaran.

Selain sebentuk cincin dan mas kahwin, pihak lelaki turut memberikan hantaran barangan seperti set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskah Al Quran, jam tangan.

Manakala pihak pengantin perempuan membalas sembilan dulang berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

Farhan dan Ahmad Rashadan ketika ditemui melahirkan rasa syukur mereka selamat disatukan.


“Selepas lapan tahun kami menyulam cinta dengan pelbagai dugaan akhirnya kami selamat bersatu sebagai suami isteri.

“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan hari ini merupakan hari paling bahagia,” kata Farhan.

Pasangan ini terdahulu mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 selepas lapan tahun menyulam cinta.

Majlis resepsi pasangan itu akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Dianggarkan seramai 700 tetamu bakal hadir pada majlis tersebut. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori