Faezah Elai Risau Langgar Penari #KekeChallenge

PELAKON Faezah Elai punyai pandangan tersendiri mengenai cabaran yang sedang tular menerusi media sosial, #KekeChallenge atau #InMyFeelingChallenge.

Kata Faezah secara berseloroh, dia perlu lebih berwaspada di jalan raya kerana risau terlanggar mana-mana individu yang menyahut cabaran itu.

“Sekarang kalau aku drive (memandu) kena lebih berhati-hati terutama kalau tiba-tiba kereta perlahan.

“Takut tiba-tiba ada orang keluar menari Keke.

“Nanti kalau aku laju takut tak sempat break, jenuh kena langgar, baru betul kikiki padan muka,” tulis Faezah menerusi akaun Facebook dan Instagramnya.

Cabaran tarian Shiggy itu mulai tular sejak awal minggu ini apabila kebanyakan selebriti tempatan turut mencuba tarian tersebut.

Caranya, individu yang menyahut cabaran itu perlu keluar daripada kenderaan yang sedang bergerak perlahan, menari dengan langkah tertentu dan masuk semula ke dalam kenderaan terbabit.

Antara selebriti yang telah menyahut cabaran itu ialah Siti Sarah, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Fatin Afeefa, Bella Astillah, Mimi Fly, Irfan Haris dan ramai lagi. – AstroGempak

Loading...