Ezany Kesal Dituduh Curi Kereta, Nikahi 2 Wanita Serentak

BUKAN sahaja masalah rumahtangga penyanyi Awie dan isterinya, Rozana Misbun sahaja yang sibuk diperkatakan kini, tetapi juga kemelut yang melanda pelakon Ezany Nizariff dan isterinya Lizda Syanti sejak Julai, tahun lalu.

Baru-baru ini, Ezany menerusi akaun Facebooknya telah memuatnaik status berikut:

Ezany Nizariff Kesal Dituduh Bernikah Dengan Dua Wanita Serentak
Ezany Nizariff kesal kerana dituduh mencuri kereta milik isterinya dan bernikah dengan dua wanita di Perlis.

Ia susulan dakwaan isterinya bahawa pelakon itu telah ‘mencuri’ keretanya selain sudah bernikah dengan dua wanita serentak di Perlis.

Menjawab tuduhan itu, Ezany menerusi Murai.com berkata, dia memberitahu walaupun kereta tersebut atas nama isterinya, namun dia merupakan penjamin dan pembayar kereta itu.

Pada masa sama, pelakon itu menyifatkan tuduhan dia berkahwin dengan dua wanita sebagai sesuatu yang melucukan.

“Saya ke Perlis untuk balik melawat orang tua saya sahaja,” katanya.

Ezany turut kesal dengan sikap isterinya yang masih belum pulang bagi menyelesaikan masalah mereka termasuklah untuk hadir ke mahkamah bagi proses perbicaraan perceraian.

Pelakon itu sebelum ini pernah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Lizda di mahkamah pada 22 Julai lalu, namun isterinya itu memohon untuk bercerai secara baik.

Hmm…kalau sudah begini, kami tertanya-tanya juga apa perkembangan perniagaan belacan dan kicap yang diusahakan Ezany dan isterinya sebelum ini? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: ELZA

Loading...