Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemain Liga-M Perlu Tingkat...

SEMUA pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dinasihatkan untuk mendapatkan dos ketiga Covid-19 menjelang sepak...

Kerani Ditemui Lemas Di...

SEREMBAN - Seorang kerani di sebuah kelab golf di Bahau ditemui lemas di...

Mohd Ridhuan Tee Dilarang...

KUCHING - Ahli akademik Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dilarang daripada memasuki Sarawak...

Video: Lawak… Bila Lagu...

ZAMAN sekarang nak jadi penyanyi dan penghibur dah tak susah macam selebriti lain...

Disney ‘Buang’ Patung Bill Cosby Dari Studio Hollywood

WALT Disney World dilaporkan telah mengeluarkan patung gangsa bintang komedi Hollywood veteran, Bill Cosby daripada berada di Studio Hollywood di salah sebuah taman tema hiburan keluarga terbesar di California.

Jurucakap Disney yang mengesahkan pengalihan arca gangsa itu sebaik taman tema ditutup kelmarin. Bagaimanapun tiada sebarang ulasan rasmi mengapa patung bintang ternama itu dikeluarkan.

1

Difahamkan, patung Cosby dikeluarkan dari Fame Plaza yang terletak di dalam Academy of Television Arts and Sciences Hall selepas satu dokumen sulit dari mahkamah mengenai Cosby diperoleh.

Dokumen itu mendedahkan Cosby pernah mengambil sejenis dadah penenang jenis ‘Quaaludes‘ pada 2005 dengan niat untuk diberi kepada wanita yang dikehendakinya bagi melakukan hubungan seks.


Setakat ini, pelawak berusia 77 tahun itu masih belum mengulas mengenai kandungan dokumen berkenaan.

Dalam pada itu, Cosby yang tidak pernah didakwa atas sebarang kesalahan jenayah berulang kali menafikan tuduhan melakukan penganiayaan seks terhadap mana-mana wanita.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE
https://www.youtube.com/watch?v=U2pg1n9pDxA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori