Diana Danielle Tak Mahu Panjangkan Isu Cemburu

PELAKON Diana Danielle yang pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cemburu dengan gandingan Nora Danish dan suaminya, Farid Kamil menerusi promosi filem Pengantin Malam, menyatakan dia enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut.

Sementelah kini, Farid bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan 3 (LBS3) bersama-sama aktres Maya Karin yang pastinya mengandungi pelbagai adegan romantik.

“Saya tidak pernah mengganggu Farid dengan kerjanya. Isunya bukan gandingan Farid bersama mana-mana pelakon wanita. Juga bukan kerana filem terbabit, sebaliknya etika di luar penggambaran yang menjadi isu,” katanya memetik portal Gua.

Diana, 23, juga menyatakan sokongannya untuk menonton filem LBS3 kerana sebelum ini dirinya tidak pernah ketinggalan menonton Lagenda Budak Setan 1 dan 2 yang merupakan hasil adaptasi novel penulis terkenal, Ahadiat Akashah. – MYNEWSHUB.CC

farid

Gambar yang mencetuskan kontroversi, Diana dikatakan cemburu apabila Nora Danish meletakkan tangannya ke atas tangan suami Diana, Farid Kamil ketika mempromosikan filem Pengantin Malam 

Oleh: AUDREY LEE

Loading...