Diana Amir Selamat Lahirkan Puteri Sulung

PELAKON dan pengacara Diana Amir selamat melahirkan cahaya mata sulungnya.

Berita ini dimaklumkan program hiburan Melodi tengah hari tadi, sekaligus membuat akaun Instagram Diana mula dihujani tahniah.

IMG_8547.PNGwm

Di laman sosial itu, Diana berkongsikan gambar dia masih sempat membuat persediaan untuk majlis perkahwinan adik lelakinya sementara menanti waktu melahirkan.

Diana dan suami Habib Bullah A. Rahman mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 2013 dalam satu majlis penuh kesederhanaan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Presint 3, Putrajaya.

Tahniah kami ucapkan kepada Diana dan suami atas rezeki Allah SWT ini, semoga anak pasangan ini membesar menjadi anak yang solehah.

– MYNEWSHUB.CC

Loading...