Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Sultan Nazrin Solat Di...

GEORGE TOWN - Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat...

DAP Ada Agenda Tersendiri...

MELAKA - DAP dilihat mempunyai agenda mereka yang tersendiri apabila mengambil langkah bekerjasama...

Usul Rujuk Najib Ke...

KUALA LUMPUR : Pembangkang mengemuka usul meminta supaya Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri...

Shila Amzah Akui Dirinya...

AKHIRNYA penyanyi Shila Amzah mengakui yang hatinya kini sudah dimiliki oleh seseorang.Perkara itu...

Demi Upin & Ipin, Mak Bapak Sanggup Daki Bukit Ke PICC

Penangan Upin dan Ipin, jalan raya di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Sabtu, sesak teruk ekoran kebanjiran ibu bapa yang membawa anak mereka menghadiri Karnival Upin Ipin yang diadakan di sana.

Memetik sumber rakan wartawan di laman sosial Facebook, kereta pengunjung juga terpaksa diparkir jauh dari lokasi PICC ekoran jumlah pengunjung yang ramai.

UpinIpin_2
JAUH… Lokasi kereta pengunjung Karnival Upin & Ipin 2014 di PICC, Putrajaya yang jauh kerana pengunjung terlalu ramai.
UpinIpin_3
SESAK.. Suasana kesesakan lalulintas menghala ke PICC di Putrajaya untuk Karnival Upin & Ipin 2014 yang berlangsung sejak semalam sehingga esok.

Sememangnya diketahui, watak kartun animasi Malaysia Upin dan Ipin memang popular di Malaysia dan juga di rantau Asean khususnya Indonesia.

Fenomena yang dicetuskan oleh watak pasangan kembar yang comel ini sememangnya menakjubkan sehingga watak mereka berjaya mengeratkan kembali hubungan kekeluargaan apabila ibu bapa membawa anak-anak mereka menghadiri program yang melibatkan Upin dan Ipin.

Karnival kali ini di PICC diadakan dengan kerjasama syarikat Jepun iaitu Tsuburaya yang turut menampilkan watak terbaru superhero Ultraman di karnival itu yang sudah tentu menambah lagi bilangan pengunjung.

Ia juga akan menampilkan 13 maskot dari watak animasi Upin dan Ipin dan Pada Zaman Dahulu serta ada penampilan dari watak animasi baru Puteri di PICC.


UpinIpin

Karnival Upin dan Ipin 2014 PICC dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebentar tadi.

Ia berlangsung selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.

Menurut laman web Upin dan Ipin di www.upindanipin.com.my, pelbagai program menarik diaturt sepanjang karnival bermula pada pukul 9 pagi hingga 9 malam. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori