Deja Moss, Suami Bercerai 24 Oktober

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menetapkan 24 Oktober ini untuk suami penyanyi Deja Moss, Azfendy…

KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menetapkan 24 Oktober ini untuk suami penyanyi Deja Moss, Azfendy Azzuddin Ahmad melafazkan cerai.

Lafaz tersebut tidak dapat dilakukan hari ini ekoran pelantun lagu Asmara Ini berada dalam keadaan tidak suci.

Lafaz yang akan dilakukan secara terbuka di mahkamah dibenarkan selepas laporan jawatankuasa pendamai mendapati perkahwinan tersebut tidak dapat diselamatkan.

Azfendy pada 5 Mac lalu telah memfailkan permohonan bercerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003 atas alasan tidak mempunyai cahaya mata walaupun sudah berkahwin sejak 30 Ogos 2008. – UTUSAN ONLINE

Loading...