Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Dua Siswi Bernafsu Songsang...

JOHOR BHARU - Dua penuntut wanita institut pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan Bahagian...

GST: Sembilan Kesalahan Dikesan...

KUCHING - Sebanyak sembilan kesalahan berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikesan hasil...

Timbang Semula Potong Elektrik...

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) diminta mempertimbang semula keputusan memotong...

Akhirnya… Pakatan Rakyat Diisytihar...

SETELAH beberapa bulan PAS, PKR dan DAP yang bernaung dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR)...

Daniel Radcliffe Dapat Bintang Di Hollywood Walk Of Fame

DARI siri filem fiksyen popular Harry Potter, kini pengaruh Daniel Radcliffe dalam industri hiburan mendapat penghargaan dan diiktiraf di Hollywood.

Pelakon kelahiran Britain itu telah diberikan bintang yang terpahat namanya untuk diletakkan di destinasi terkenal di seluruh dunia, Hollywood Walk Of Fame.

Aktor yang bakal muncul dengan filem terbaru, Victor Frankenstein itu sangat terharu dengan pemberian dan pengiktirafan sedemikian.

“Ini adalah satu penghargaan yang sangat menakjubkan. Kami di Britain berasa sangat malu apabila orang lain memuji hasil kerja kami.

“Saya rasa terkejut pada mulanya namun saya rasa patut berterima kasih. Hanya 20% orang yang bekerja keras dalam industri ini dapat nama di Hollywood Walk Of Fame ini jadi ia sangat luar biasa,” katanya.

daniel-radcliffe-theater


“Saya tidak pasti sama ada mereka akan keluarkan benda ini atau tidak tetapi seteruk mana pun saya lakukan nanti, mereka tidak boleh keluarkannya.

“Industri ini tidak akan kekal namun ada benda (bintang) yang akan kekal,” tambahnya lagi.

Pelakon berusia 26 tahun itu hadir pada majlis berkenaan bersama-sama pengarah sekuel Harry Potter, Chris Columbus serta Chris Hardwick. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori