Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tangkap Lelaki Pukul...

IPOH - Polis menahan seorang suspek lelaki yang mencederakan sepasang suami isteri warga...

FGV Lantik 2 Pengarah...

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) melantik Datuk Abu Bakar...

Gesa Sekatan Ekonomi Ke...

KHARTOUM - Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Isnin menggesa agar sekatan ekonomi...

Tanah Runtuh: Polis Rakam...

HULU SELANGOR: Polis merakam keterangan pengusaha dan dua pekerja tapak perkhemahan Father’s Organic...

Dana NGO Belia Tumpu Aktiviti Berbanding Pengurusan

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan menetapkan bahawa tumpuan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia kini adalah untuk program dan aktiviti berbanding pengurusan, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tidak bermakna peruntukan untuk NGO belia ditamatkan. Cuma dana untuk program dan aktiviti golongan sasar akan lebih tinggi berbanding wang untuk pengurusan sesebuah NGO seperti gaji barisan kepimpinannya,” katanya.

Beliau berkata pendekatan sedemikian akan membolehkan dana KBS dinikmati seberapa banyak NGO dan bukan sekadar NGO tertentu sahaja.

“Banyak NGO yang tidak diiktiraf atau tidak dilihat sebagai NGO arus perdana yang tidak dapat bantuan. Saya tidak mahu segelitir NGO dapat segala jenis bantuan tapi yang lain disisihkan. Itu tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas sesi townhall KBS di kementerian tersebut hari ini.

Pada sesi townhall itu, Syed Saddiq berkata KBS sudah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk berbincang dengan Khazanah Nasional Bhd mengenai program baharu untuk belia bagi menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) yang dimansuhkan.


“Program baharu berkenaan akan dipacu oleh Khazanah dan memberikan fokus untuk menjadikan belia Malaysia lebih ‘future proof’. Akan ada ‘retreat’ mengenai perkara itu selepas ini,” katanya.

Bulan lepas, Kabinet memansuhkan PLKN dan BTN berkuat kuasa serta-merta bagi menggantikannya dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa depan berwawasan dan tinggi nilai jati diri. – BERNAMA

Kategori