Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Singapura Had Duit Syiling...

KETAT... Ekoran banyak kes tular pelanggan sindir peniaga tertentu dengan bayar guna berguni-guni...

Video Ini Didakwa Bongkar...

KISAH penderaan kanak-kanak yang berlaku di taska bukanlah cerita asing. Namun meskipun mendapat...

Semak Warganegara Calon Parti...

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa urusan semakan status kerakyatan...

SOP Banjir Akan Diperincikan...

KANGAR - Jawatankuasa Bencana Negara akan memperinci semula prosedur operasi standard (SOP) banjir...

Cef Realiti TV Kurang Pengalaman Dan Masih Mentah

SEBUT sahaja nama Datuk Chef Wan pasti ramai yang kenal dan terhibur dengan celoteh dan gelagatnya setiap kali muncul di kaca televisyen mengacarakan program berunsurkan santai atau masakan.

Chef Wan atau nama sebenar beliau Redzuawan Ismail, 58, bukan sahaja pakar dalam bidangnya, namun beliau juga terkenal dengan sifat lantang bersuara.

Ia sekiranya terdapat isu-isu yang dirasakan penting untuk beliau mengeluarkan pendapat atau komen, apatah lagi berkaitan bidang masakan yang merupakan kepakaran beliau.

cw

Menerusi sebuah portal akhbar online, Chef Wan berkata golongan cef selebriti hasil daripada program realiti yang tumbuh bagaikan cendawan hari ini tidak membantu dalam melahirkan seorang cef selebriti yang berkualiti.

Menurut Chef Wan, untuk menjadi seorang cef selebriti,  seseorang itu haruslah mempunyai pengalaman yang luas, latihan yang baik dan mampu berkomunikasi baik serta berkarisma apabila berhadapan dengan kamera.

Rata-rata chef selebriti yang lahir daripada program realiti masih mentah dan kurang berpengalaman serta memerlukan tunjuk ajar yang lebih, tidak mudah untuk menjadi chef selebriti, jelasnya kepada portal itu.


Memenangi sesebuah program realiti masakan tidak melayakkan seseorang untuk bergelar cef selebriti. Kesannya, ramai cef selebriti yang ada hari ini tidak dapat bertahan lama dalam industri ekoran kekurangan kriteria di atas.

masterchef-032

Tambah Chef Wan lagi, kelantangan dan keterbukaan beliau dalam menyuarakan pandangan di laman media sosial adalah bertempat dan tidak menggunakan media sosial untuk meraih perhatian atau tujuan komersial.

Bagi beliau, prinsipnya mudah, seandainya ada pihak yang tidak suka akan pandangannya, itu bukan masalah bagi dirinya tetapi masalah orang itu sendiri. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=tj1-0e3qLr0]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori