Cegah Kanser, Angelina Jolie Umum Buang Ovari

PELAKON terkenal Hollywood, Angelina Jolie mendedahkan dia telah menjalani pembedahan membuang ovari dan tiub fallopio kerana bimbang terjadi penyakit kanser selepas menjalani pembedahan mastektomi atau membuang payudara dua tahun lepas.

Jolie yang kehilangan ibu, nenek dan ibu saudara akibat penyakit kanser dipercayai membawa gen mutasi yang menjadikannya 87 peratus berisiko untuk membentuk kanser payudara dan 50 peratus terdedah kepada risiko kanser ovari.

“Saya katakan kepada diri sendiri agar sentiasa tenang, cuba menjadi kuat dan tabah.

“Saya juga ingatkan diri bahawa saya mempunyai banyak masa untuk melihat anak-anak membesar sehingga saya memperolehi cucu,” kata Jolie.

Brad Pitt yang sedang menjalani penggambaran di Perancis diberitakan terbang ke Amerika Syarikat untuk menemani Jolie sepanjang isterinya itu menjalani pembedahan.

– MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply