Bintang Pop, Prince Meninggal Dunia Pada Usia 57 Tahun

Ikon pop popular, Prince meninggal dunia di rumah kediamannya yang terletak di Mennesota, Amerika Syarikat, pagi Khamis.

prince

prince died

Berita kematian individu berpengaruh dalam bidang hiburan ini dilaporkan pada awalnya oleh laman web selebritiTMZ.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kematian artis berusia 57 tahun ini.

Bagaimanapun, minggu lalu Prince telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami masalah selsema yang teruk.

Prince disifatkan sebagai selebriti yang berinovatif kerana pandai menyanyi dan pandai penulis lagu.

Antara lagunya yang terkenal di seluruh dunia adalah, Raspberry Beret, Little Red Corvette, Let’s Go Crazy dan When Doves Cry.

Lagu nyanyiannya berjudul Kiss and Batdance turut menjadi lagu tema filem Batman pada 1989.

Dia telah menghasilkan lebih 30 album dan berjaya menjual lebih 100 juta album serta memenangi tujuh anugerah Grammy.

Prince pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, iaitu dengan penyanyi Mayte Garcia pada 1996 dan Manuela Testolini pada 2001. Namun, kedua-dua perkahwinannya berakhir dengan perceraian. – MYNEWSHUB.CC