Betul Ke Salah Seorang Pelakon Fast & Furious Peluk Islam?

SATU khabar angin bertiup kencang di media antarabangsa tentang pengislaman salah seorang aktor dalam francais popular, Fast and Furious iaitu Tyrese Gibson.

Menurut beberapa laporan, Gibson dikatakan telah memeluk Islam semenjak awal 2014 selepas berkunjung ke Dubai.

Anak Paul Walker Kongsi Gambar Mesra Dengan Pelakon Furious 7

article-2536078-1A9B45CA00000578-157_634x695
Ketika di Dubai, Gibson sempat bergambar dalam persalinan jubah dan mengenakan serban.

Dia dikhabarkan bercuti ke sana bagi mengubati duka selepas kematian tragis rakan pelakon, Paul Walker yang terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Setelah beliau memeluk Islam, Gibson merasakan dirinya seperti baru dilahirkan semula.

Bukan itu sahaja, menerusi laman sosial Instagram baru-baru ini, dia turut memuat naik ucapan Ramadan buat pengikutnya.

Tulisnya di ruangan kapsyen, “Ramadan Al-Mubarak untuk umat Islam di seluruh dunia, saya sayang anda semua. Saya benar-benar sayang anda semua. In Sha Allah, keberkatan untuk kamu dan keluarga kamu.”

Namun, sehingga kini, tiada laporan rasmi dari Gibson sendiri untuk mengesahkan khabar tersebut.

Apa-apapun, seandainya benar beliau sudah memeluk Islam, berita itu sememangnya satu khabar gembira dan harus disyukuri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Video Tyrese Gibson Memberi Salam Dan Mengucapkan Alhamdulillah Kepada Tetamu

Loading...