Bekas Vokalis Kumpulan Popular Ditahan Positif Dadah

SEORANG penyanyi lelaki berusia 36 tahun yang pernah popular pada awal 90-an ditahan polis jam 9 malam tadi di kawasan Jalan Jelatek 2, Jelatek Business Park, Hulu Kelang selepas ujian air kencing mendapati dia positif Amphetamine.

Ketika pemeriksaan dilakukan, pihak polis tidak menemui apa-apa barang salah terhadap suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Khairuddin Saad, “suspek kemudian dibawa ke balai polis dan hasil ujian air kencing dan didapati positif”.

“Suspek kini direman bagi membantu siasatan,” katanya memetik Harian Metro.

Penyanyi itu sebelum ini dilaporkan pernah memenangi tempat ketiga dalam satu program realiti terbitan sebuah televisyen swasta, tahun lalu. – MYNEWSHUB.CC

Video tiada kaitan dengan kes di atas.

Loading...