Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Euro 2016: Sepanyol Pamer...

LUXEMBOURG - Diego Costa menjaringkan gol pertama buat Sepanyol selepas tujuh kemunculan bagi...

4,490,270 Dos Vaksin Diagihkan,...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 4,490,270 dos vaksin sudah diagihkan ke seluruh negara, setakat...

Polis Buru 4 Suspek...

SHAH ALAM - Polis sedang memburu empat lelaki warga asing yang dikenal pasti...

Russia Henti Salur Bekalan...

BRUSSELS, BELGIUM – Tindakan firma tenaga dari Russia, Gazprom menamatkan penyaluran gas kepada...

Bunga Citra Lestari: Ashraf Sering Beri Kejutan Buat Saya

PASTINYA Bunga Citra Lestari merupakan di antara wanita terbahagia di dunia ini apabila dapat mempersuamikan jejaka seromantik suaminya, Ashraf Sinclair.

Menurut Bunga, walaupun sudah hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan Ashraf, namun suaminya itu langsung tidak pernah berubah sikap romantiknya.

ashraf

“Dari mula kenal Ashraf sampailah ke saat ini, dia tidak pernah berubah. Tetap romantik dan penyayang seperti mana dulu.

“Sikap romantik dan penyayangnya itu bagaimanapun diwarisi daripada kedua-dua ibu bapanya iaitu mummy dan daddy, kerana mereka juga begitu,” katanya memetik portal Murai.

ashraf1

Ibu kepada Noah Sinclair ini juga mengatakan suaminya sering kali meletakkan nota-nota beserta ucapan manis yang sering kali menjadikan harinya berasa lebih baik daripada hari-hari sebelumnya.


“Ashraf itu orangnya selalu bikin kejutan dan caranya bikin kejutan itu bagi saya sangat romantik. Misalnya, kalau dia sudah bangun pagi untuk pergi kerja, dia akan meletakkan nota Good Morning di atas meja.

“Kalau dia tahu saya sedang sedih, dia bilang jangan sedih. Cuba lihat apa yang ada di belakang TV, dia akan meletakkan nota di situ minta saya supaya senyum,” katanya.

Bunga kini sedang rangka mempromosikan single terbaharunya, Wanita Terbahagia yang ditujukan khas buat suaminya yang kini bergelar pelakon sinetron di Indonesia.

Muzik video Wanita Terbahagia dihasilkan daripada detik serta momen-momen indah mereka sekeluarga ketika bercuti di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Video itu diarahkan adik Ashraf sendiri iaitu Adam Sinclair yang merupakan seorang pengarah iklan komersil. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori