Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

5 Lelaki Direman Kes...

IPOH – Lima lelaki ditahan reman selepas dipercayai terlibat dengan kes pembunuhan melibatkan...

MAIPk Terima Zakat Perniagaan...

IPOH : Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima penyerahan bayaran zakat...

PRU14: BN Perak Tetap...

IPOH - Barisan Nasional (BN) Perak tetap dengan pendirian akan mempertaruhkan calon berkaliber...

Unsur Tradisional Dalam Pembangunan...

BAGAN DATUK - Elemen tradisional perlu terus dikekalkan dalam pembangunan Bagan Datuk yang...

Azwan Ali Komen Adegan Lamar Atas Pentas Sebagai ‘Murahan’

NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di atas pentas program Gegar Vaganza turut mendapat perhatian ‘diva’ mulut laser, Azwan Ali untuk mengulas.

Menerusi akaun Twitternya semalam, Azwan menyifatkan perbuatan melamar itu sebagai ‘murahan’.

azwan

Kenyataan Azwan itu kemudiannya disambut dengan pelbagai pendapat oleh para pengguna laman mikro tersebut.

Ada yang setuju dan ada pula yang meminta agar pengacara itu tidak menghakimi Hairul dan Hanis sewenang-wenangnya.

AA

Mungkin jika di negara Barat, perbuatan melamar sebegitu dianggap ‘sweet’ tapi di Malaysia yang terkenal dengan adat ini, mungkin ramai sukar menerimanya termasuk Azwan sendiri.


Apapun, sekurang-kurangnya dalam kes ini, kami puji tindakan Hairul terlebih dahulu meminta izin dengan ibu bapa Hanis sebelum melamarnya.

Tak adalah main redah saja kan? – MYNEWSHUB.CC

(BACA: Hairul Buat Kejutan, Lamar Hanis Masa Siaran Langsung TV)

https://www.youtube.com/watch?v=gQRbq09YTaQ

Oleh: ELZA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori