Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Minat Aktiviti Sukarelawan Dapat...

JOHOR BAHRU - Minat mendalam terhadap aktiviti kesukarelawan semenjak daripada bangku sekolah, memberi...

Senarai Kabinet Diputuskan Secara...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata senarai anggota Kabinet dan kementerian diputuskan...

Isu Ordinan Darurat Dijawab...

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri...

Petugas Protokol Minta Syed...

SELEPAS kontroversi membabitkan bekas pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq...

Awie – ‘Saya Akan Mati Jika Berpisah Dengan Anak-Anak’

JIKA dulu, pelakon dan penyanyi Awie hanya bekerja untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan keluarga, kini dia memilih untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya.

Ia susulan kemelut yang melanda rumahtangganya dengan Rozana Misbun yang berlarutan sejak Jun yang lalu.

Memandangkan hak penjagaan sementara diperolehi oleh pihaknya, Awie berkata, dia berusaha untuk menjadi bapa yang baik dan bertanggungjawab, memetik mStar Online.

“Kadang-kadang saya terpaksa curi-curi masa untuk balik ke rumah melihat keadaan mereka dan masak untuk mereka.

“Ketika sedang bekerja pun saya sering menghubungi anak saya yang sulung untuk tanya apa yang terjadi di rumah, bila balik rumah saya akan periksa bilik mereka dan cium satu-satu anak saya.

“Saya tidak dapat bayangkan kalau saya tidak dapat bersama mereka atau mungkin saya akan mati jika berpisah dengan anak-anak saya itu,” katanya.


Awie - 'Saya Akan Mati Jika Berpisah Dengan Anak-Anak'

Benarlah kata orang, setiap perkara buruk yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

Harapan kami, semoga ada penyelesaian terbaik yang dicapai antara Awie dan isterinya nanti demi kebaikan anak-anak mereka…

 

Oleh: ELZA / MYNEWSHUB.MY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori