Awie: Erra Berhak Dapat Lelaki Yang Jauh Lebih Baik Dari Saya

Jika anda menonton siaran program Meletop Raya baru-baru ini, pasti anda menyedari penyanyi popular Awie dan Erra Fazira telah mengenakan pakaian sedondon berwarna merah hati.

Dan seperti yang dijangka peminat di luar sana seakan mendoakan jodoh di antara Awie dan Erra berpanjangan memandangkan sebelum ini pun mereka mempunyai sejarah silam bersama-sama.

awie

Menurut Awie yang kini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga mengatakan dia memang selesa berkawan dengan Erra namun berasakan pelakon jelita itu berhak mendapatkan lelaki yang jauh lebih baik daripada dirinya.

“Saya akui selesa berkawan dengan Erra cuma soal hati saya rasa belum lagi kerana saya rasa Erra berhak dapatkan lelaki yang jauh lebih baik dari saya.

“Biasalah, dari kami bercinta hingga putus tunang dulu, peminat tidak berhenti dan masih punya impian untuk melihat kami bersama, namun saya sudah lali dengan semua itu.

“Apa yang berlaku biarkan berlalu. Saya pasti, Erra sama seperti saya, fokus kami kini adalah untuk mencari rezeki buat anak-anak,” katanya memetik portal Murai.

Dalam perkembangan sama, Awie dan Erra akan digandingkan dalam sebuah filem Warna Cinta Impian yang telah memulakan penggambaran awal minggu ini, yang mana turut menampilkan pelakon lain seperti Nelydia Senrose, Azlee Khairi dan Shiqin Kamal.

Mungkinkah filem ini boleh mencatat jumlah kutipan ‘six million dollars’ seperti mana yang pernah diraih Datuk Yusof Haslam menerusi filem Sembilu pada awal tahun 90-an lalu?

Sama-sama kita tunggu dan lihat! – MYNEWSHUB.MY

Oleh: AUDREY LEE