Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Paling Kerdil Di...

BELIAU mungkin manusia paling kerdil di dunia, namun Chandra Dangi memberikan kesan yang...

Ikan Kembung Lebih Baik...

UNIK... Bagi sesetengah orang, mungkin pelbagai jenis ikan setempat dibuat lauk seharian kurang...

2 Lelaki Maut Dihempap...

JOHOR BAHRU - Dua lelaki maut dihempap pokok ketika berkhemah di Hutan Taman...

Wanita Dakwa Coco Rampas...

SEBUT sahaja nama Coco, kami pasti ramai masih ingat lagi dengan video viralnya...

Awal Ashaari, Scha Terkejut Dikhabarkan Digam Astro

KEMUNCULAN pasangan selebriti terkenal ini di kaca televisyen sememangnya sentiasa dinanti-nantikan.

Populariti dan rezeki pasangan ini nampaknya semakin melonjak-lonjak ditambah pula dengan kelahiran bayi sulung, Lara Alana.

Namun, menerusi sebuah ruangan gosip dalam Berita Harian baru-baru ini mengejutkan peminat hiburan apabila dikhabarkan pasangan Awal Ashaari dan pasangan Scha al-Yahya digam oleh stesen penyiaran Astro.

Ianya dikatakan berpunca selepas mereka melanggar salah satu kontrak yang dipersetujui bersama dalam menjayakan satu program realiti melibatkan anak sulung mereka.

Ditambah pula dengan dakwaan kedua-dua selebriti tidak lagi muncul dalam mana-mana program baru Astro.

Bagaimanapun, menurut Awal dia sendiri tidak mengetahui perihal isu kontroversi tersebut.


“Saya tak tahu menahu mengenai hal tersebut. Selepas ada seorang rakan artis memaklumkan kepada saya, barulah saya membeli akhbar dan membaca berita tersebut. Saya belum sempat lagi berborak dengan Scha mengenai perkara ini”

“Saya tak dapat apa-apa perkhabaran mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini, Scha baru sahaja selesai menjalani sebuah penggambaran untuk drama Astro,” jelas Awal Ashaari.

Pengacara dan pelakon terkenal turut memberitahu yang dia dan isteri sedia untuk berbincang dengan pihak Astro perihal isu digam tersebut lagi-lagi ianya melibatkan soal rezeki seorang selebriti. – MYNEWSHUB.CC

 

VIDEO BABY SHOWER AWAL DAN SCHA AL-YAHYA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Artis

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori