Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MyPPP Akhiri Hubungan Dengan...

KUALA LUMPUR - MyPPP mengumumkan secara rasmi bakal bergerak sendiri sebagai parti yang...

10 Makanan Yang Boleh...

SETIAP kanak-kanak yang membesar pasti sudah banyak kali dinasihatkan untuk makan buah-buahan dan...

Kebakaran Hutan California Cetus...

PARADISE - Kebakaran hutan dahsyat di California menyebabkan sesetengah komuniti diselubungi kabus hitam,...

Bekas Pegawai Polis Didakwa...

Alor Setar : Bekas pegawai polis berpangkat Inspektor didakwa di Mahkamah Sesyen di...

Anis Al Idris Anggap Putus Dengan Sharnaaz Jalan Terbaik

TIADA angin, tiada ribut, Sharnaaz Ahmad yang tidak pernah mengakui sedang bercinta bersama Anis Al Idrus tiba-tiba mengesahkan hubungannya bersama pelakon jelita itu sudah berakhir sejak lima bulan lalu.

Bercakap kepada mStar Online, Anis Al Idrus memberitahu keputusannya berpisah dengan pelakon Sharnaaz adalah jalan terbaik untuk masa depan masing-masing.

“Seperti yang diberitahu bahawa kami sudah lama berpisah sejak lima bulan lalu dan saya anggap ia sebagai tiada jodoh antara kami.

“Bukan senang juga untuk buat keputusan dan kami rasa ini adalah jalan terbaik setelah memikirkannya secara mendalam.

“Saya tidak akan beritahu kenapa dan punca kami berpisah kerana sebarang kenyataan kami nanti akan mengaitkan keluarga kedua-dua belah pihak.


“Biarlah kami sahaja yang tahu dan menjadi rahsia kami,” ujarnya.

Tambahnya, dia sudah tidak berhubung dengan Sharnaaz sejak lima bulan lalu dan percaya perpisahan ini merupakan ujian Allah dan mempunyai hikmah tersendiri. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

Sumber: mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori