Angelina Jolie Batal Hasrat Ambil Anak Angkat Lagi

PELAKON dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan terpaksa membatalkan hasratnya untuk mengambil seorang lagi anak angkat untuk menyertai keluarga besarnya.

Ini kerana Angelina dikatakan mungkin tidak dapat menguruskan seorang lagi anak memandangkan dia kini perlu menjaga dan mengurus enam anak yang semakin meningkat remaja.

Menurut sumber rapat dengan aktres itu, “Angie sudah mematikan niatnya untuk mengambil seorang lagi anak angkat memandangkan dia berasakan mungkin dia tidak dapat memberikan perhatian sekiranya perlu menjaga seorang lagi anak selain takut perkara itu boleh mendatangkan tekanan dalam rumah tangganya selain kepada enam anaknya.”

Angelina sebelum ini dikatakan berminat untuk mengambil anak angkat perempuan dari negara bergolak Syria.

Jika Angelina dikatakan berkira-kira untuk membela seorang lagi anak angkat, suaminya pula, Brad Pitt dikhabarkan ingin meneruskan rancangan asal mereka memandangkan aktor itu memang dikenali sebagai seorang yang sukakan kanak-kanak dan mempunyai keluarga besar.

“Brad cuba memujuk Angie untuk meneruskan rancangan asal mereka dan Brad percaya dengan penambahan anak dalam keluarga, ianya dapat mengeratkan lagi hubungan mereka,” kata sumber itu lagi.

Pasangan Brangelina yang berkahwin pada Ogos tahun lalu mempunyai enam anak, yang mana tiga merupakan anak angkat iaitu Maddox, 14, Pax, 12, dan Zahara, 10, sementara tiga lagi merupakan anak kandung mereka, Shiloh, 9, dan pasangan kembar berlainan jantina, Knox Leon dan Vivienne, 7. – MYNEWSHUB.CC

Angelina Jolie and Brad Pitt ‘moving forward with plans to legally adopt a Syrian child

Loading...