Amyra Rosli Nafi Sudah Jumpa Pengganti Dazrin

SEHINGGA ke hari ini peminat tidak mengetahui punca sebenar yang menyebabkan pasangan pelakon sama cantik sama padan, Amyra Rosli dan Dazrin Kamarudin membatalkan pernikahan mereka pada saat-saat akhir.

Sepatutnya Amyra dan Dazrin diijabkabulkan pada 8 Ogos lalu, namun terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.

Dan mulalah gosip-gosip panas mengatakan Amyra sebenarnya sudah mempunyai lelaki lain yang berjaya mencuri hatinya sehingga menyebabkan dia membatalkan perkahwinan yang sudah dirangka sejak awal tahun ini.

Mengulas mengenai perkara itu, Amyra berkata kepada sebuah akhbar tempatan bahawa dakwaan itu merupakan satu fitnah semata-mata.

“Apa yang boleh saya jelaskan di sini, saya kini bersendirian dan tidak terikat dengan siapa-siapa. Sememangnya saya akui, ia keputusan yang sangat berat buat kami berdua, namun segalanya telah tertulis. Lagipun, masih banyak lagi yang masih belum dikecapi termasuk bidang karier seni dan kehidupan kami,” ujarnya. 

Amyra, 23, menyatakan dia ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya lakonan dan enggan memikirkan soal teman hidup buat masa ini.

Baguslah Amyra, yang berlalu biarkan berlalu, yang penting teruskan hidup dan jangan pernah sesekali menoleh ke belakang lagi ya! –MYNEWSHUB.MY

amyraa

Oleh: AUDREY LEE