Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

NGO Bangladesh Tubuh Pusat...

SEPANG - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bekerjasama dengan badan bukan kerajaan...

UJ Nafi Guan Eng...

SHAH ALAM - Urusharta Jamaah Sdn. Bhd. (UJ) menafikan segala dakwaan palsu dan...

Aliran Trafik Perlahan Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya mula perlahan sejak 12...

Kabinet Setuju Keputusan Haramkan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal...

Amy Kecewa Cenderamata Konsert Search Dijual Secara Haram

VOKALIS kumpulan Search, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman melahirkan perasaan kecewanya atas penjualan cenderamata Konsert Search 35 Tahun yang dijual secara haram.

Perkara ini disedari Amy ketika menyaksikan konsert Ella di Stadium Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Pihak tidak bertanggungjawab itu menjual cenderamata Search secara terbuka di tempat letak kereta lokasi terbabit sebaik pintu konsert dibuka.

Antara cenderamata yang dijual adalah kemeja T dan tag Konsert Search 35 Tahun yang dicetak secara haram.

Penyanyi berusia 58 tahun itu turut memuat naik gambar dan nama si penjual ke laman sosial Instagram miliknya.

Amy menulis di Instagram: “Mencetak hak cipta orang tanpa izin sama seperti mencuri. Sangat salah di sisi undang-undang dan di sisi agama. Hasilnya haram.

“Tak respect langsung. Kalau lu respect kugiran Search, tentu lu takkan buat macam ini”.


amyy

 

Memetik portal Astro Awani, Amy berkata: “Penjual itu sudah pernah ditegur sebelum ini, namun masih melakukan perkara yang sama”.

“Anda memperoleh wang daripada nama dan hasil titik peluh orang lain. Cuba bayangkan anda di tempat kami, apa perasaan anda?” soal Amy lagi.

Walaupun ‘bengang’ dengan perkara tersebut, Amy berkata buat masa ini pihaknya belum memutuskan apa tindakan yang akan diambil terhadap penjual berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori