Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Watak Gay, Tayangan Beauty...

PENGIKUT dan peminat setia filem keluaran Walt Disney pastinya tak sukakan perkhabaran terbaharu...

Jangan Politikkan Sambutan Hari...

IPOH – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berharap sambutan...

RM89.2j Bayaran Balik Khas...

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM89.2 juta telah dibayar kepada 987 buah perniagaan yang...

Bekas Penyelia Felda Mengaku...

Kuantan : Bekas penyelia rancangan tanah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) mengaku tidak...

Alyah Tidak Guna Pengaruh Suami Dalam Kerjaya Seni

RAMAI sudah tahu akan statusnya kini yang bergelar isteri kepada seorang individu yang bukan calang-calang orangnya dalam bidang seni muzik negara.

Dan apabila nama Datin Alyah tercalon dalam Anugerah Industri Muzik ke 21 (AIM 21), ramai yang mengatakan penyanyi itu tercalon kerana di atas pengaruh suaminya, Datuk Ramli MS.

Namun, Alyah pantas mencantas dakwaan tersebut dengan mengatakan semua hasil kejayaan yang dikecapinya kini adalah hasil daripada usaha kerasnya sejak daripada dahulu lagi.

Memetik mStar, Alyah berkata, “benar suami saya adalah antara individu terbaik dalam kerjayanya namun untuk mengatakan saya mengambil kesempatan atas pengaruhnya sama sekali tidak benar”.

“Saya seorang yang berpijak pada bumi yang nyata dan segala pencapaian diperolehi sekarang adalah atas usaha keras dan bukannya kerana pengaruh sesiapa,’ katanya.


Menerusi AIM 21, Alyah tercalon dalam kategori Lagu Pop Terbaik menerusi Sesal Separuh Nyawa hasil ciptaan Rizal Tiga dan Aidil Af manakala lirik ditulis Shah Shamsiri dan Alyah sendiri.

Alyah dan Ramli sebelum ini menimbulkan kontroversalu apabila perkahwinan mereka terbongkar hanya selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat serbuan di rumah mereka di Bandar Kinrara, Puchong, jam 7.30 pagi, 28 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Alyah kini mengharapkan mereka dikurniakan cahaya mata secepat mungkin bagi menyerikan lagi rumah tangganya dengan kehadirian anak kecil. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori