Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

12,359 Individu Jalani Proses...

PUTRAJAYA - Seramai 12,359 individu sedang menjalani proses kuarantin wajib di 163 pusat...

Jamal Disaman Fitnah Berhubung...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini memfailkan saman terhadap...

Mayat Gadis Dicuri Untuk...

MAYAT seorang remaja dicuri dari kuburnya di China dan disyaki ia dilakukan untuk...

JAIS Sahkan Siasat Sajat

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Nur Sajat...

Aliff Aziz Mohon Maaf Pada Mangsa Belasahannya

PENYANYI kelahiran Singapura yang penuh dengan kisah kontroversi, Aliff Aziz akhirnya tampil membuat permohonan maaf terhadap mangsa belasahannya.

Jika anda masih ingat kejadian yang berlaku pada bulan lalu, Aliff dilaporkan memukul seorang lelaki yang dikenali sebagai Ismail Mahtar di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Menurut mangsa, pada ketika itu badan penyanyi itu berbau arak yang sangat kuat namun Aliff mendakwa dia disampuk ketika kejadian itu berlaku.

aliff

Memetik permohonan maaf yang dibuatnya, Aliff mengatakan, “Saya ingin membuat kenyataan di sini bahawa saya telah menghubungi abang Ismail (mangsa) dan memohon maaf kepada beliau. Saya juga telah terangkan kepada beliau bahawa saya memang tidak berniat langsung mahu menyerangnya tetapi kejadian berlaku dalam keadaan saya tidak sedar.


“Alhamdulillah, abang Ismail faham dan beliau memaafkan saya. Beliau juga bersetuju untuk menggugurkan saman terhadap saya. Jadi, isu ini telah pun dapat diselesaikan dengan baik,” katanya memetik Malaysian Digest.

Sebelum ini mangsa meminta Aliff tampil membuat pengakuan maaf terhadapnya, sekiranya tidak dia tidak teragak-agak untuk membawa kes tersebut ke mahkamah.

Baguslah macam ni, tak usah dipanjang-panjangkan lagi. Harap-harapnya Aliff mengambil pengajaran daripada kes ini dan segera bangkit untuk terus mengukuhkan karier seninya selepas ini dan hidupnya tidak lagi diselubungi dengan kisah-kisah panas yang boleh mencalarkan imejnya di mata peminat. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori