Alhamdulilah.. Rozita Che Wan Kini Sudah Berhijab

PASANGAN selebriti paling popular, Zain Saidin dan Rozita Che Wan telah selamat pulang daripada mengerjakan umrah hari ini.

11007795_1413799508921286_1233187100_n

Apa yang membuatkan kami terkejut campur gembira, Rozita atau senang disapa Che Ta kini tampil dengan imej berhijab.

Perkara ini disahkan sendiri pengurus Che Ta, Afeeq menerusi portal Astro Gempak. Katanya, Che Ta akan kekal dengan imej bertudung.

“Berkat doa para peminat dan suami, Che Ta kini bertudung dan akan terus kekal dengan imej tersebut. Ahamdulillah, sebelum ini dia memang ada berniat untuk memakai tudung.

“Saya tidak terkejut dengan keputusan dibuat Che Ta kerana sebelum ini dia pernah ‘hint’ akan bertudung, cuma tidak sangka ia dilaksanakan sebaik sahaja dia selesai mengerjakan umrah,” kata Afeeq.


https://instagram.com/p/zpJZqFQh01/?modal=true

Bukit Uhud #madinah #zsrcwinmadinah @padusicouture #PadusiAbaya

A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on

Sekadar imbasan, pengacara Primadona ini juga dilihat sudah mengenakan tudung litup pada majlis hari jadi Zain Saidin sebelum keberangkatan mereka ke tanah suci sebelum ini, hingga menimbulkan persoalan ramai.

Sementara itu, laman Instagram Che Ta dan Zain dipenuhi dengan ucapan tahniah oleh para peminat mereka yang jelas gembira dengan perkhabaran terbaru itu.

Terdahulu, Che Ta pernah mendedahkan kepada media akan menunaikan umrah bersama Zain bagi melangsaikan nazar atas kelahirkan puteri sulung mereka.

Kita doakan moga Che Ta terus istiqamah dalam penghijrahannya ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: FARAH

Loading...