Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pesakit Covid-19 Maut Terjun...

KOTA KINABALU - Seorang wanita yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 ditemui mati...

Rebus Anjing Hidup-Hidup Untuk...

Kejam....imej penduduk di sebuah kampung di China merebus anjing hidup-hidup bagi dijadikan hidangan...

Operasi Buru PATI Mulai...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen (Imigresen) akan melancarkan operasi besar-besaran mulai tengah malam ini...

65 Warga KPWKM Sertai...

PUTRAJAYA - Seramai 65 warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyertai...

Ahli Kumpulan VE Kritik Fynn Jamal, ‘Tolong Jangan Nyanyi Lagi’

Walaupun ia pahit untuk ditelan, namun sebagai figura awam, setiap selebriti harus menerima kritikan walaupun ia datang dari individu dalam industri sendiri.

Itu yang dialami oleh Fynn Jamal apabila salah seorang ahli kumpulan VE iaitu Damian, menyatakan pendapat ‘ikhlasnya’ bahawa Fynn Jamal tidak boleh menyanyi!

Untitled

Malah, penyanyi itu turut mencadangkan agar ibu kepada anak lelaki, Arjuna itu supaya tidak menyanyi! Sentap tak?

https://twitter.com/damian_mikhail/status/581826266375938048

Tulis Damian di laman mikro Twitter peribadinya, “Maaf, jujur saya cakap. Fynn Jamal xblh menyanyi. Tolong jgn nyanyi lagi.”

Tak lama selepas memuat naik kenyataan berkenaan, laman Twitter pelantun lagu Kerna Sayang itu dilimpahi dengan komen dari dua pihak yang menyokong dan menghentam pandangan tersebut.

Damian kemudiannya menambah bahawa dia menilai kualiti suara Fynn menerusi persembahan penyanyi itu ketika program Muzik-Muzik peringkat separuh akhir lalu, yang mana Fynn gagal mara ke peringkat akhir dengan lagunya, Arjuna Beta.


Namun demikian, dia menolak kritikan pedas yang dilontarkan haters apabila mereka menyokong pendapat Damian dengan pelbagai gelaran yang diberikan kepada Fynn, antaranya penyanyi dalam tandas!

Walau apapun, muzik itu universal dan setiap manusia mempunyai pandangan serta citarasa masing-masing. Tak payah gaduh-gaduh okay?

– MYNEWSHUB.CC

 Persembahan Fynn Jamal Di Separuh Akhir Muzik-Muzik

https://www.youtube.com/watch?v=8LMBDD7jQcM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori