Adam Levine Tayang Punggung Dalam MV Terbaru!

BINTANG muzik antarabangsa sememangnya sering mengejutkan para peminat dengan tampil bogel mahupun menunjukkan bahagian-bahagian sulit tertentu tubuh mereka dalam video muzik.

Terbaharu, vokalis kumpulan Maroon 5 yang juga salah seorang jurulatih program nyanyian The Voice, Adam Levine mendedahkan bahagian punggungnya dalam klip video single kumpulannya yang bertajuk This Summer’s Gonna Hurt Like A MotherF—ker.

BERKAITAN: Ed Sheeran Dedah Harry Styles Sendiri Yang Sebar Foto Bogelnya

https://youtu.be/I4OvVCNtx2c

Dalam klip berdurasi 5.31 saat itu, suami kepada model Behati Prinsloo itu tampil dengan hanya mengenakan tuala sebelum menanggalkannya.

Melalui ‘shot’ dari belakang, tanpa segan silu Levine menayangkan bahagian punggungnya tanpa dilapik apa-apa!

Sebelum ini, penyanyi berusia 35 tahun itu juga pernah mengejutkan dunia hiburan apabila tampil hampir bogel bagi kempen kesedaran kanser prostat di kalangan lelaki.

ADAM-LEVINE-NAKED

Antara penyanyi antarabangsa yang pernah melakukan ‘kerja gila’ sepertinya termasuklah Rihanna, Lady Gaga dan Miley Cyrus.

Senang cakap, ini pun antara strategi termudah untuk menarik perhatian seluruh dunia terhadap pelancaran single terbaru mereka.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI, AHMAD & ABU

Miley Cyrus Dalam Video Muzik ‘Wrecking Ball’

Loading...