Ada Artis Talam 2 Muka, Sharnaaz Lebih Selesa Bersama Kru

Beberapa kali terkena dengan segelintir artis yang bermuka-muka, pelakon sasa Sharnaaz Ahmad berkata, itu menjadi sebab kenapa dia lebih selesa berkawan dengan kru produksi ketika sesi penggambaran.

Memetik kenyataannya dari Harian Metro, “Ada segelintir artis yang saya temui sikapnya suka bermuka-muka. Depan kita mulut manis sopan santun, belakang macam-macam cerita yang mereka kata mengenai saya.

“Sudah banyak kali saya terkena dan mengalami keadaan seperti itu. Sebab itu saya lebih selesa bergaul dengan kru produksi yang tidak bermuka-muka. Mereka lebih telus dan berterus-terang.”

[BERKAITAN: Sharnaaz Ahmad Mahu Kawal Emosi Dalam Bab Percintaan]

imageResize

Sementara itu, Sharnaaz yang memiliki bisnes gym di Segambut turut menepis andaian sesetengah pihak yang berkata bahawa dia kini berlagak diva.

Tuturnya, “Saya tahu ramai yang tegur dan menuduh saya berlagak, naik kepala dan bersikap ‘diva’. Saya tidak peduli tentang itu kerana bagi saya setiap kerja perlu ada sistem.

“Saya memilih kerana ia adalah karya yang saya akan bawa dan sama mahu ia dibuat secara betul-betul. Lagi pula saya tidak ambil dua kerja dalam satu masa.”

Selain itu, tonggak utama drama bersiri Suamiku Encik Sotong itu turut menafikan khabar angin tentang hubungannya bersama aktres baru, Anis Al-Idrus yang dikatakan retak menanti belah.

– MYNEWSHUB.CC

Sharnaaz Ahmad Komen Tentang Isu Sindiran Shila Amzah

Loading...